
PETALING JAYA: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) mengagihkan sumbangan wang tunai berjumlah RM3 juta kepada mangsa banjir Monsun Timur Laut (MTL) di tiga negeri.
Setiausaha Agung BSMM Danial Iskandar Abdul Rahman berkata, bantuan itu disalur kepada 3,000 keluarga di beberapa daerah di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Daerah terbabit ialah Hulu Terengganu dan Setiu di Terengganu; Pasir Mas dan Tumpat di Kelantan; serta Kubang Pasu dan Kota Setar, Kedah.
“Setiap isi rumah menerima RM700 manakala keluarga dengan anak bersekolah menerima bantuan RM900,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan kepada mangsa banjir di SK Kampung Besut, Setiu.
Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia Jodi Robinson, lapor Bernama.
Danial Iskandar berkata, selain sumbangan kewangan, BSMM turut menghulurkan bantuan pendidikan dan peralatan kepada komuniti…