
PETALING JAYA: Seorang pemandu lori dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana membuat dan memulakan hantaran komunikasi lucah serta mengaibkan ibu pempengaruh TikTok dikenali Rajeswary atau Esha yang ditemukan maut dipercayai dibuli, empat bulan lalu.
Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu ke atas B Sathiskumar, 40, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah atas dua pertuduhan dalam sebutan kes hari ini, menurut Harian Metro.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan ia berjalan serentak dari tarikh tangkapan 10 Julai lalu, menurut Harian Metro.
Sebelum dijatuhkan hukuman, bapa tiga anak itu sempat memohon maaf dan mengakui kesalahannya serta berjanji tidak akan mengulangi…