
KUALA LUMPUR: Laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan kedua di Asia pada 2020 bagi perbuatan buli siber dalam kalangan belia, membuktikan bahawa buli siber kini menjadi masalah semakin ketara dalam negara.
Penggunaan media sosial yang meluas telah menjadikan ia platform yang menggalakkan perbuatan buli siber dan sikap buruk, bukan sahaja dalam kalangan belia, malah orang dewasa.
Penyelidik mengenai buli siber belia, Jessie Yong berkata, perbuatan itu mungkin berpunca dari rasa tidak gembira si pembuli akibat keperluan asasnya tidak dipenuhi.
“Menurut Teori Pilihan Glasser, keperluan-keperluan itu berkisar kepada aspek kelangsungan hidup, isu kepunyaan (untuk menyayangi, disayangi dan harga diri), kuasa, kebebasan dan…