Ia disebabkan kerosakan struktur bahagian bumbung blok bangunan itu sejak Januari lalu.

KUALA LUMPUR: Bumbung sebuah blok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras Jaya, di sini, runtuh semalam susulan kerosakan struktur bahagian bumbung blok bangunan itu sejak Januari lalu.
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata pada mulanya, pihak sekolah mendapati serpihan kecil simen jatuh dari bumbung di blok itu pada 12.40 tengah hari, sebelum mengarahkan bangunan itu dikosongkan.
“Pada 1.18 tengah hari semalam, runtuhan berlaku secara besar-besaran dan kami amat bersyukur kerana tiada guru atau murid yang berada di kawasan ini memandangkan kawasan ini merupakan tempat perhimpunan.
“Guru besar melaporkan kepada Kementerian Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta bomba untuk memantau keadaan dan sekarang ini kita menunggu laporan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan…
