Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bung kunjung hormat Anwar di Putrajaya

today30 November 2022

Background



Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Barisan Nasional Sabah Bung Moktar Radin ketika perjumpaan di Putrajaya, pagi tadi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin membuat kunjungan hormat kepada Anwar Ibrahim di Putrajaya hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Bung berkata dua pemimpin itu membincangkan isu semasa dan pembangunan serta hala tuju negeri Sabah dalam pertemuan berkenaan.

“BN Sabah yakin PM ke-10 akan dapat membangun negara dan rakyat dengan jayanya,” kata Bung.

Pada Ahad, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor dan Presiden Warisan Shafie Apdal turut menemui Anwar secara berasingan di pejabatnya di Putrajaya sebagai menyatakan sokongan terhadap kerajaan perpaduannya.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Abang Johari Openg turut menemui Anwar sehari sebelumnya.

Selain Pakatan Harapan, kerajaan perpaduan Anwar merangkumi BN, GRS dan GPS, selain mendapat sokongan Ahli-ahli…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post