Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bungkusan atas kereta meletup, pelayan restoran terbunuh

today30 December 2022

Background



Polis menjumpai serpihan bahan letupan di tempat kejadian, serta kesan letupan pada kereta mangsa.

PETALING JAYA: Seorang pelayan restoran terbunuh dalam kejadian letupan yang berlaku di Pandan Indah, Kuala Lumpur, malam tadi.

Dalam kenyataan, Ketua Polis Ampang Jaya Farouk Eshak berkata, pihak berkuasa mendapat maklumat mengenai kejadian itu pada kira-kira 8.55 malam.

Mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun, dipercayai menjumpai bungkusan ditinggalkan di atas bonet keretanya yang diletakkan di hadapan restoran tempat dia bekerja.

“Apabila mangsa memegang bungkusan berkenaan, terus berlaku letupan dipercayai daripada bungkusan berkenaan,” kata Farouk.

Polis turut menjumpai serpihan bahan letupan di tempat kejadian, serta kesan kemik pada kereta mangsa.

Farouk berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan dibawa oleh orang awam ke Hospital Ampang. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia pada kira-kira…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post