
TAWAU: Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 80 tahun dan 24 sebatan ke atas seorang penganggur warga Filipina kerana membunuh dua lelaki Indonesia di Semporna dua tahun lepas.
Hakim Duncan Sikodol memutuskan sedemikian selepas Nurhan Khalid, 31, mengaku bersalah atas dua tuduhan dihadapinya.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun dan 12 sebatan bagi setiap tuduhan namun Nurhan diperintah menjalani hukuman secara serentak dari tarikh dia ditangkap, iaitu 26 Jun 2022. Ini bermakna Nurhan hanya akan dipenjarakan selama 40 tahun.
Lelaki itu didakwa membunuh Hipang Iba Bernadus dan Tomas Yohanes di sebuah gereja di Ladang Pinang, Semporna pada 26 Jun 2022 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati, atau penjara minimum 30…