
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menolak rayuan seorang remaja yang didapati bersalah dan dihukum penjara hingga mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong kerana membunuh 23 penghuni tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Abu Bakar Jais juga menolak rayuan pihak pendakwaan yang mahu tertuduh kedua yang dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi diarahkan untuk membela diri.
Hakim Che Ruzima Ghazali yang membacakan keputusan itu berkata, hakim perbicaraan sudah menilai semua bukti di peringkat kes pendakwaan dan pembelaan untuk membuat dapatan yang betul.
“Tiada sebab untuk mengusik keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati perayu bersalah atas semua pertuduhan berkenaan.
“Dapatan itu adalah selamat dan harus dikekalkan, maka…