
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengesahkan sabitan dan hukuman mati terhadap seorang penganggur kerana membunuh tiga anggota keluarga angkatnya tujuh tahun lepas.
Panel tiga hakim terdiri daripada Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Harmindar Singh Dhaliwal dan Abu Bakar Jais memutuskan bahawa tiada merit dalam rayuan Luqman Hadi Mustapa.
Tengku Maimun, ketika membacakan keputusan sebulat suara itu, berkata berdasarkan keseluruhan bukti, mahkamah merumuskan sabitan terhadap Luqman bagi kesalahan membunuh adalah selamat.
Beliau turut berkata mahkamah tidak berfikir untuk mengganggu hukuman mati dikenakan terhadap Luqman oleh Mahkamah Tinggi dan dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.
Luqman, 33, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Melaka pada 16 Ogos 2019, yang menjatuhkan hukuman mati terhadapnya selepas didapati bersalah…