Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bunuh lalu bakar mayat, 3 sekawan didakwa

today19 July 2024

Background


Tiada pengakuan direkodkan daripada tiga tertuduh berusia lingkungan 28 hingga 44 tahun kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Tiga sekawan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang kerana membunuh seorang lelaki yang mayatnya dibakar, di kawasan semak berhampiran Empangan Semenyih, pada Jun lalu.

Pekerja bengkel, Zulkarnain Md Ariffin, 44, dan dua pekerja syarikat elektrik, Muhamad Iqbal Zainal, 30, serta Syed Fikri Barakbah Syed Mohd Bakri, 28, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Hafzan Ab Aziz.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor Harian Metro.

Mengikut pertuduhan, tiga lelaki itu didakwa membunuh Mohamed Afiq Hamdan, 29, di kawasan rumah di Jalan Hulu Langat, Batu 16 Dusun Tua, dekat Kajang, antara 3 pagi hingga 5 pagi, 22 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang boleh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post