Hot FM

Bunyi letupan, kepulan asap bongkar kegiatan lombong bitcoin haram


Polis menemukan mesin perlombongan bitcoin, kipas ‘blower’ dan penghala (router) di sebuah rumah di Bandar Puncak Alam semalam. (Gambar PDRM)

KUALA LUMPUR: Bunyi letupan dan asap dari sebuah rumah di Bandar Puncak Alam membongkar kegiatan pemasangan mesin bitcoin secara salah di sebuah bilik di kediaman itu semalam.

Ketua Polis Sungai Buloh Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, Pusat Kawalan Daerah IPD Sungai Buloh menerima panggilan daripada seorang wanita yang menyedari kejadian itu di rumah jirannya di Lorong Cekara Purnama pada 11.41 pagi.

Sebanyak 14 anggota daripada pasukan sukarelawan bomba Saujana Utama dan Bestari Jaya bersama dua jentera bomba dan sebuah Toyota Hilux dihantar ke lokasi dan kebakaran berjaya dipadamkan.

“Pihak bomba dan pasukan peronda polis yang hadir terpaksa memecah masuk rumah tersebut kerana tidak berpenghuni dan kebakaran berlaku di dalam sebuah bilik yang terdapat pendawaian diubah suai mengakibatkan litar pintas dan kebakaran.

“Susulan itu,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version