Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Buruh Bangladesh maut tertimbus runtuhan bangunan

today27 September 2022

Background



Mangsa seorang lelaki warga Bangladesh berjaya dikeluarkan daripada timbunan konkrit pada 7.21 pagi dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. (Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

PETALING JAYA: Seorang buruh binaan warga Bangladesh maut selepas tertimbus runtuhan konkrit di sebuah bangunan dalam pembinaan di Jalan Ampang.

Komander Operasi Kanan Penolong Penguasa Bomba, Nurul Adha Abdul Majid, berkata, runtuhan konkrit berlaku di tingkat 51 bangunan dalam pembinaan dan menyebabkan seorang mangsa tertimbus.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.23 tengah malam dan menghantar 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan BBP Keramat ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba bertindak memotong dan memecahkan besi konkrit bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus bawah runtuhan.

“Mangsa seorang lelaki warga Bangladesh berjaya dikeluarkan daripada timbunan konkrit pada 7.21…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post