Dalam kejadian semalam mangsa berusia 41 tahun meninggal dunia selepas dipercayai dipukul dengan tukul besi oleh suspek yang dikahwininya tahun lalu.

DUNGUN: Seorang buruh binaan direman tujuh hari bermula hari ini hingga 12 April bagi membantu siasatan kes pembunuhan isterinya dengan tukul besi di Bukit Besi, pagi semalam.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noradila Ab Latif bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
Suspek yang berpakaian lokap berwarna ungu tiba di mahkamah pada 8.42 pagi diiringi anggota polis.
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi semalam, mangsa, Rubiah Sabtu, 41, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Besol di Bukit Besi, selepas dipercayai dipukul dengan tukul besi oleh suspek yang dikahwininya tahun lalu.
Ketua Polis Dungun, Baharudin Abdullah, dilapor…