Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Buruh dipenjara 13 tahun sebabkan kematian perogol anak

today1 October 2026

Background


tawau
Mahkamah Tinggi Tawau memerintahkan warga asing berusia 34 tahun itu menjalani hukuman penjara 13 tahun bermula tarikh tangkapan pada 2 Sept 2024 dan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Mahkamah Tinggi Tawau menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang buruh ladang yang mengaku bersalah menyebabkan kematian jirannya dua tahun lalu.

Sinar Harian melaporkan Pesuruhjaya Kehakiman, Steve Ritikos menjatuhkan hukuman itu terhadap warga asing berusia 34 tahun atas pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian seorang lelaki 33 tahun antara 7.30 malam 31 Ogos hingga tengah hari 1 Sept 2024 di sebuah rumah tidak bernombor di sebuah kampung di Tawau.

Dia yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kemudiannya digantikan dengan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post