
PUTRAJAYA: Seorang buruh yang mengaku bersalah kerana merogol seorang penjawat awam dua kali dan menceroboh rumah mangsa, dijatuhkan hukuman penjara 33 tahun dan 20 sebatan.
Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Hassan Ahmad untuk menjalani hukuman penjara 20 tahun dan 10 tahun yang dikenakan terhadapnya bagi kesalahan merogol, secara serentak.
Beliau berkata kesalahan rogol itu dilakukan secara berasingan dan oleh itu hukuman penjara mesti dijalani secara berasingan.
“Anda bernasib baik kerana pihak pendakwaan tidak mengemukakan rayuan balas, kerana hukuman maksimum bagi kesalahan ini adalah lebih berat. Fakta kes menunjukkan perbuatan itu dilakukan dalam bulan Ramadan dan tindakan anda kejam,” katanya ketika mengekalkan hukuman penjara dan…