Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Buruh Rohingya maut, 2 cedera dihempap konkrit runtuh

today27 September 2022

Background



Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kejadian dipercayai berlaku pada 4.05 petang dengan seorang mangsa berusia 29 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

KUANTAN: Seorang pekerja kontrak warga Rohingya maut, manakala dua rakannya cedera apabila dinding konkrit longkang dalam pembinaan runtuh dan menghempap mereka di Indera Mahkota 15, di sini, hari ini.

Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kejadian dipercayai berlaku pada 4.05 petang dan mangsa Mohd Enus Karim Ullah, 29, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa yang cedera ialah Ellyas Rohsit Ullah, 31, dan Mohammad Soyat Abulhasim, 44, dengan kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

“Siasatan awal mendapati konkrit simen setinggi 2.4m runtuh dan menghempap semua mangsa yang sedang membuat longkang di sebelah konkrit tersebut,” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post