Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

CAAM gantung operasi 4 model pesawat Blackshape

today19 March 2024

Background


Gambar fail menunjukkan pesawat ringan Gabriel 160 yang dikeluarkan syarikat Blackshape Aircraft dari Itali. (Gambar Blackshape)

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menggantung semua operasi penerbangan membabitkan pesawat Blackshape model BS 115, BK 160, BK 60-200 dan BK 160TR dalam ruang udara Malaysia, berkuat kuasa esok.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Norazman Mahmud berkata penggantungan ini selaras dengan Arahan Kelayakan Udara Kecemasan (EAD) yang dikeluarkan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) iaitu pihak berkuasa bagi pembuatan pesawat berkenaan semalam (18 Mac) untuk menggantung operasi penerbangan semua pesawat Blackshape, termasuk semua nombor siri berkuat kuasa pada 20 Mac.