
PETALING JAYA: Cabaran bagi Barisan Nasional pada PRK DUN Pelangai akan datang barangkali memperoleh jumlah majoriti undi yang meyakinkan, di sebalik jangkaan penganalisis bahawa gabungan berupaya mempertahankan kerusi itu.
Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata dari segi teori BN tiada masalah mempertahankan kerusi tradisi itu sekiranya kerjasama dengan Pakatan Harapan menarik sokongan pengundi bukan Melayu, yang membentuk 20% daripada pengundi di situ.
Katanya, kemenangan dengan majoriti yang meyakinkan akan menggalakkan semangat parti-parti pemerintah.
“Atas kertas rasa tiada masalah BN pertahankan. Cuma nak lihat peratusan majoriti banyak mana. Kalau majoriti lebih besar daripada PRU15 maksudnya moral kerajaan perpaduan lebih bagus,” kata Mazlan kepada FMT.
Di sebalik keyakinan pemimpin Umno Pahang terhadap peluang BN, Mazlan berkata gabungan itu perlu menjangkakan…