
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Malaysia perlu memperkukuh daya tahan bagi menghadapi kemungkinan kemerosotan ekonomi susulan peningkatan kos global serta gangguan rantaian bekalan.
Beliau berkata, meskipun negara dijamin mempunyai bekalan petroleum mencukupi bagi beberapa bulan mendatang, cabaran seperti kekurangan diesel dan isu bekalan baja mampu memberi tekanan kepada ekonomi domestik.
“Saya menyeru komitmen yang lebih kukuh untuk memperkasakan daya tahan bagi menghadapi kemungkinan kemerosotan ekonomi ini, susulan kos yang semakin meningkat serta kemungkinan kekurangan bekalan.
“Kita (Malaysia) bernasib baik kerana untuk beberapa bulan akan datang kita mempunyai jaminan bekalan petroleum mencukupi, namun kita mungkin akan berdepan lebih banyak cabaran berkaitan bekalan diesel dan baja,” katanya menurut Bernama.
Anwar…