Sebelum ini media melaporkan pada 18 Julai 2020, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (kini dikenali Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam) mengumumkan Pembangunan Pusat Santuari Gajah Perak (PES) di Batu 11, JRTB di Gerik.
Berdasarkan rekod Perhilitan, sebanyak 4,919 aduan konflik manusia dan gajah dilaporkan bagi tempoh 2020 hingga 2024, membabitkan kerugian harta dianggarkan berjumlah RM39.4 juta.
Bercakap mengenai keberkesanan lintasan hidupan liar di JRTB, Yusoff berkata, laluan sepanjang 200 meter dikenali sebagai viaduct (jejambat) dan dibina dengan kos RM26 juta pada 2015 itu membantu namun tidak menjamin keselamatan gajah yang mendiami kawasan sepanjang laluan itu.
Menurutnya, hal itu kerana lintasan berkenaan dibina di Kilometer (KM) 157 JRTB dan hanya populasi gajah yang mendiami kawasan itu menggunakan kemudahan berkenaan.
“Viaduct itu membantu cuma dalam skala yang kecil dan hanya digunakan haiwan yang mendiami kawasan itu. Jadi, kita fikir dengan…