
KUALA LUMPUR: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) memberi amaran cadangan untuk mengehad bilangan unit kediaman yang boleh dibeli oleh rakyat Malaysia untuk pelaburan boleh menyebabkan keruntuhan sektor perumahan.
Presiden Ho Hon Sang berkata persatuan itu menyokong bantahan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming terhadap cadangan baru-baru ini untuk mengenakan had sedemikian.
“Rehda bersetuju pengenalan langkah sedemikian boleh menyebabkan keruntuhan industri perumahan, yang juga akan memberi kesan kepada 180 industri huluan dan hiliran dalam ekosistem, dan kelaknya akan turut menjejaskan ekonomi,” katanya dalam kenyataan.
Ho berkata, pembelian hartanah menyediakan pelbagai tujuan selain sebagai perlindungan, seperti melindung nilai terhadap inflasi dan memelihara kekayaan.
“Kita juga perlu mempertimbangkan rakyat Malaysia…