Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Cadangan hidup semula MN perlu dibincangkan pimpinan PN, Razali beritahu PAS

today19 February 2024

Background


Muafakat Nasional (MN) digagaskan ketika Umno dan PAS dalam blok pembangkang sebagai penyatuan ummah pasca PRU14 dimenangi Pakatan Harapan.

PETALING JAYA: Sebarang rundingan oleh PAS untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) perlu dibincangkan pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN), kata Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris.

Menurutnya, setakat ini perkara dibangkitkan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menerusi media minggu lalu itu tidak pernah dibincangkan.

Razali Idris .

“Kita tidak pernah bincang soal itu. Apa pun ini hal dasar yang mesti diputuskan di peringkat majlis pimpinan tertinggi kedua-dua parti dan juga PN.

“Setakat ini, kita belum menerima apa-apa cadangan atau undangan bekerjasama,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Minggu lalu, Hashim berkata beliau “yakin” ada perbincangan secara tidak langsung antara pimpinan PAS dengan Umno bagi menghidupkan MN digagaskan ketika keduanya dalam blok pembangkang sebagai usaha penyatuan ummah pasca PRU14 dimenangi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post