
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini dijangka mengupas isu berkenaan cadangan mengkaji semula undang-undang berkaitan pemberi maklumat di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, persoalan itu akan dikemukakan Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri selain ingin tahu mengenai keberkesanan melindungi pemberi maklumat dalam kes salah laku dan rasuah berprofil tinggi.
Pada sesi itu juga, Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) meminta penjelasan Menteri Pertanian dan Industri Makanan mengenai isu kenaikan kos input pertanian khasnya baja yang mencecah sehingga 70% dan tindakan kementerian bagi menangani isu tersebut.
Sementara itu, Zakaria Mohd Edris (Bersatu-Libaran) pada sesi soal jawab akan bertanyakan kepada Menteri Kanan Pertahanan tentang sejauh mana inisiatif berkaitan…