
PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata isu pensijilan halal bagi restoran tidak menyediakan hidangan babi dan minuman alkohol tidak wajar dipolemik kerana belum diangkat bagi pertimbangan Jemaah Menteri.
Loke, yang juga menteri pengangkutan, berkata beliau maklum kenyataan Kok berkait hal itu, sambil menyatakan apa diperkatakan naib pengerusi DAP berkenaan berkait ‘kebimbangan’ pemilik restoran bukan Islam.
Katanya, soal pensijilan pastinya melibatkan pindaan kepada beberapa undang-undang sebaik berada di peringkat keputusan kelak.
“Biasalah dalam negara kita ini, banyak isu-isu dipolemikkan. Ini mungkin daripada pemimpin-pemimpin yang bukan duduk dalam kerajaan.
“Sedangkan kita yang berada dalam kerajaan sudah tentu nak bincang dan selesaikan dalam peringkat kerajaan melalui…