Cadangan itu meliputi lapan pindaan babit kewarganegaraan kanak-kanak dilahirkan ibu warga tempatan di luar negara yang berkahwin dengan pasangan warga luar.

PETALING JAYA: Kerajaan sedang melengkapkan dokumen cadangan pindaan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan berkait isu kewarganegaraan kanak-kanak dilahirkan ibu warga Malaysia di luar negara untuk dibawa ke Majlis Raja-Raja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, berkata cadangan meliputi lapan pindaan itu akan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja selepas PRN 12 Ogos.
“Sebarang cadangan pindaan terhadap Bahagian III Perlembagaan Persekutuan berkaitan perkara kewarganegaraan hendaklah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja selaras dengan kehendak peruntukan Perkara…