
PETALING JAYA: Kemelut pengiktirafan program pakar laluan selari yang ditaja Kementerian Kesihatan mungkin akhirnya ada cahaya di hujung terowong.
Menurut aturan Dewan Rakyat esok, Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Perubatan 1971 dijadual dibentangkan bagi bacaan pertama oleh Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata RUU itu juga perlu dibentangkan untuk bacaan kedua untuk dibahas oleh Ahli Parlimen.
“Sebaik sahaja bacaan kedua selesai, RUU itu diteruskan ke peringkat jawatankuasa, di mana setiap klausa dan sebarang cadangan untuk perubahan boleh dibahaskan.
“Selepas itu ia akan dibentangkan bagi bacaan ketiga untuk diluluskan Dewan Rakyat, sebelum dibawa ke Dewan Negara untuk persetujuan. Ia akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan sebelum…