Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Calar Toyota Alphard guna pemutar skru, lelaki didenda RM3,000

today27 December 2023

Background


Liew Wil Sheng, 29, mengaku salah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan mencalarkan kereta Toyota Alphard milik seorang lelaki menggunakan pemutar skru di parkir sebuah pangsapuri di Kota Damansara pada 23 Dis lalu. (Gamabar Pexels)

PETALING JAYA: Seorang penganggur didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret kerana mencalarkan kenderaan serba guna (MPV) jenis Toyota Alphard milik seorang lelaki menggunakan pemutar skru sehingga menyebabkan kerugian RM8,000.

Majistret Farah Azura Mohd Saad menjatuhi hukuman itu selepas Liew Wil Sheng, 29, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di parkir sebuah pangsapuri di Kota Damansara pada 3.13 petang 23 Dis lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.

Farah Azura juga menasihati Liew agar tidak mengulangi perbuatan itu kerana ia satu kesalahan jenayah.

“Memang kadang-kadang kita marah sangat, rasa nak calarkan kereta orang sebab kita bengang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Harimau Muda makin meningkat

Kuala Lumpur: Skuad bawah 23 (B-23) tahun negara semakin menunjukkan perubahan positif dari segi corak permainan selepas melalui dua perlawanan persahabatan menentang pasukan China B-23.

today27 December 2023