PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno berkata gelaran ‘Hang Jebat’ diberikan kepada Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis seharusnya ditujukan kepada calon Bersatu di Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Puad Zarkashi, berkata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz sepatutnya menggelar calon mereka ‘Jebat’ kerana keluar PAS dan menjadi calon Bersatu.
“Nik Abduh sebenarnya salah. Sepatutnya calon Bersatu di Nenggiri yang digelar Jebat kerana dia keluar PAS untuk jadi calon Bersatu. Hatta dia menderhakai semangat akta antilompat parti,” katanya di Facebook.
Rizwadi adalah ahli PAS yang juga bekas timbalan ketua Pemuda Gua Musang sebelum menyertai Bersatu mewakili parti itu pada PRK Nenggiri 17 Ogos ini.
“Kalau ikut buku Sejarah Melayu…Jebat seorang…