Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Calon BN optimis mampu rampas DUN Nenggiri

today16 August 2024

Background


Calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani akan berusaha sehingga tempoh berkempen PRK Nenggiri tamat malam ini.

GUA MUSANG: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani optimis mampu memenangi PRK Nenggiri esok berdasarkan reaksi positif pengundi sepanjang kempen 14 hari bermula 3 Ogos lalu.

“Insya Allah positif. (Saya) akan bekerja hingga ke garisan terakhir,” katanya ketika ditemui di sini.

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh pula berkata, Azmawi yang lebih dikenali sebagai Awie mampu merampas DUN Nenggiri berdasarkan gerak kerja jentera BN.

“Awie juga cukup popular dalam kalangan masyarakat Nenggiri,” katanya.

Azmawi akan dicabar calon Perikatan Nasional, Mohd Rizwadi Ismail yang dalam misi mempertahankan kerusi DUN itu.

Seramai 20,259 pemilih layak mengundi, merangkumi 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post