

Calon DAP bagi DUN Tiram, Nor Zulaila Abd Ghani, yakin imej parti bukan halangan untuk beliau meraih sokongan di kerusi majoriti Melayu berkenaan, percaya pengundi lebih menilai keupayaan dan rekod individu bertanding.
Nor Zulaila, 38, yang pernah berkhidmat sebagai ahli Majlis Perbandaran Kajang, menawarkan politik berasaskan khidmat kepada rakyat Tiram.
“Fokus kepada isu seperti jalan berlubang, longkang, lampu jalan, kebersihan kawasan, peluang pekerjaan, pendidikan anak-anak dan kos sara hidup, itulah perkara yang memberi kesan kepada kehidupan seharian rakyat,” katanya kepada FMT.
Zulaila juga mahu menekankan pembangunan berkualiti di Tiram, yang mewujudkan pekerjaan bergaji baik dan membuka peluang kepada warga tempatan.
“Rakyat menilai seseorang calon bukan berdasarkan parti atau kaum tetapi pada keikhlasan, rekod kerja, dan kemampuan…