GUA MUSANG: PAS mendakwa kemenangan calonnya Mohd Rizwadi Ismail pada PRK 17 Ogos ini akan memudahkan proses pengurusan dan pembangunan di DUN Nenggiri kerana pentadbiran negeri itu dikuasai parti terbabit.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata manfaat bakal dinikmati termasuk penyaluran peruntukan dan projek pembangunan oleh kerajaan negeri diketuai Menteri Besar Nassuruddin Daud.
“Macam calon sebut mahu jaga soal kebajikan dan kemasyarakatan selain isu berbangkit lain boleh terus dengan kerajaan negeri.
“Jadi pengundi boleh manfaatkan kedudukan beliau sebagai Adun (nanti) selaras pentadbiran kerajaan negeri,” katanya pada sidang media Perikatan Nasional (PN).
Ketika ini gabungan PAS dan Bersatu di bawah Perikatan Nasional (PN) menguasai 43 daripada 45 DUN Kelantan dengan Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH) hanya…