Hot FM

Calon PH berketurunan campuran mahu satukan komuniti di Tiram


Nor Zulaila
Calon PH bagi DUN Tiram Nor Zulaila Abd Ghani berikrar akan mempromosikan pendidikan alam sekitar, menyokong keluarga muda dan memastikan pembangunan memanfaatkan keluarga serta usahawan.
JOHOR BAHRU:

Membesar dalam keluarga Cina-Melayu dan belajar di sekolah Cina membantu calon Pakatan Harapan (PH) di Tiram berkomunikasi dengan rakyat pelbagai komuniti.

Nor Zulaila Abd Ghani berkata, kebolehan berbahasa Mandarin dan memahami budaya berbeza datang secara semula jadi hasil didikannya.

“Bapa saya berbangsa Cina dan ibu pula orang Melayu. Ibu bapa saya menghantar saya ke sekolah Cina, jadi saya boleh bertutur dalam bahasa Mandarin,” katanya kepada FMT.

Bekas ahli Majlis Perbandaran Kajang dan setiausaha sulit kepada Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong itu membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya di DUN Tiram, di mana beliau akan berdepan calon Barisan Nasional, Abdul Halim Suleiman dan dua pesaing lagi.

“Saya mendapat banyak perhatian sejak Setiausaha Agung DAP,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version