Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Calon PH DUN Senggarang mahu perluas Perkeso kepada suri rumah B40

today2 July 2026

Background


Ziarah kasih Onn Abu Bakar Calon PH Senggarang
Calon PH bagi DUN Senggarang, Onn Abu Bakar, ketika ziarah penduduk di Taman Bestari.
BATU PAHAT:

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Senggarang, Onn Abu Bakar, mahu memperluaskan perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada lebih ramai suri rumah daripada golongan B40 di kawasannya bagi memastikan mereka dilindungi sekiranya berlaku musibah.

Beliau berkata inisiatif itu sudah dimulakan sejak 2023 menerusi usaha mengenal pasti suri rumah yang benar-benar memerlukan bantuan untuk mencarum.

“Kita dah mula sejak 2023 lagi. Tahun ini kita akan mulakan semula dengan kerjasama komuniti Madani, ketua kampung, pengerusi masjid dan surau bagi mengenal pasti mereka yang layak.

“Kita sasarkan mereka yang benar-benar memerlukan sebelum berkongsi data dengan Perkeso,” katanya kepada FMT selepas program ziarah di Taman Bestari, Senggarang.

Onn berkata beliau melihat sendiri manfaat Perkeso kepada keluarga pencarum yang meninggal dunia akibat kemalangan.

“Saya sendiri…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nur Alif Hazmi


Previous post