
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Tenang, Elia Nadira Sabudin mahu menjadikan kawasan itu sebagai hab pelancongan di utara Johor, selain memperkasa pendidikan STEM, kecerdasan buatan (AI) dan robotik bagi membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada golongan muda.
Beliau yang sedang melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang AI dan robotik berkata, Tenang mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan, namun pembangunan kawasan itu masih ketinggalan berbanding bahagian selatan negeri itu.
Katanya, keadaan itu menyebabkan ramai anak muda terpaksa berhijrah ke luar bagi mencari pekerjaan, meninggalkan ibu bapa yang semakin berusia.
“Kalau kita tengok pembangunan pesat banyak difokuskan ke selatan Johor. Tetapi di bahagian utara ini, kita tidak nampak perkara itu berlaku.
“Rungutan yang…