
PETALING JAYA: Selepas berjaya menghasilkan pelbagai inisiatif memudahkan urusan orang ramai secara dalam talian seperti aplikasi Smart Selangor Parking (SSP), calon Pakatan Harapan (PH) DUN Seri Setia Fahmi Ngah berazam memodenkan pula pentadbiran negeri.
Berkelulusan doktor falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan aeronautik dari Imperial College London, Fahmi menjadi tulang belakang kepada program Smart Selangor untuk menjadikan Darul Ehsan sebagai negeri pintar menjelang 2025.
Aplikasi SSP kini digunakan 2.2 juta pengguna memudahkan pembayaran parkir tanpa kupon, antara usaha anak jati Kelana Jaya itu yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor termasuk di bawah pentadbiran Anwar Ibrahim.
Bekas pengarah Selangor Research Institute itu yang turut bersama membangunkan pengurusan sisa pepejal sistematik, percaya pengalamannya…