Hot FM

Calon PH yakin mampu rampas Bukit Kepong


SUBRAMANI CHAMI
C Subramani diiringi oleh R Yuneswaran pada penamaan proses penamaan calon DUN Bukit Kepong.
PAGOH:

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Bukit Kepong, C Subramani, yakin mampu mencipta kejutan dengan merampas kerusi itu daripada Perikatan Nasional (PN) pada PRN Johor.

Subramani berkata keyakinan itu bersandarkan rekod perkhidmatannya sebagai ketua cabang PKR Pagoh selama tiga penggal, selain hubungan rapat dengan penduduk setempat.

Menurut, gerak kerja di peringkat akar umbi selama sembilan tahun boleh mengimbangi kekuatan penyandang kerusi itu, Dr Sahruddin Jamal daripada PN yang juga bekas menteri besar Johor.

“Dia ada kekuatan, saya pun ada kekuatan,” katanya ditemui selepas proses penamaan calon di Kompleks Sukan Pagoh.

Subramani berkata jika diberi mandat, beliau mahu memberi tumpuan kepada isu asas penduduk, termasuk lampu jalan, pembangunan pusat pelancongan, peluang pekerjaan dan perumahan mampu milik.

Katanya, ramai anak muda terpaksa berhijrah ke Singapura atau Kuala…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version