
JOHOR BAHRU: Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed, yang sebelum ini berkata beliau tidak akan bertanding di Parlimen Pulai di mana beliau kalah pada pilihan raya umum lalu (PRU14), telah mengubah fikiran dan mahu menyahut seruan partinya.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menamakan beliau sebagai calon bagi kawasan itu pada Selasa.
Ini susulan terdapat gesaan daripada pelbagai kumpulan perniagaan dan akar umbi supaya meletakkan beliau untuk merampas kembali kerusi tradisi Barisan Nasional (BN) yang jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU14.
“Saya nak sahut seruan Umno untuk kembali rampas kerusi yang dipegang BN sejak 1969 itu, termasuk tujuh penggal oleh arwah bapa saya.
“Saya nak menang semula di kerusi itu sebagai ingatan kepadanya, dan untuk parti supaya BN kembali menerajui negara,” katanya kepada FMT.
“Orang Pulai banyak…