Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Caltex siasat dakwaan kaunter bayaran pisah Muslim, bukan Muslim

today6 April 2024

Background


Klip video mendakwa kedai serbaneka, FamilyMart di stesen Caltex di Pulau Pinang melakukan pemisahan kaunter bayaran antara Muslim dan bukan Islam.

PETALING JAYA: Chevron Malaysia mengoperasikan stesen petrol Caltex sedang menyiasat dakwaan kedai serbaneka sebuah stesen di Pulau Pinang melaksanakan pengasingan kaunter pembayaran antara Muslim dan bukan Islam.

Jurucakap syarikat berkata, pihaknya telah dimaklumkan berhubung perkara itu melibatkan rakan niaga, FamilyMart, yang mengendalikan kedai serbaneka tersebut.

“Chevron memandang serius perkara ini dan sedang bekerjasama rapat dengan rakan kami bagi menyiasat dakwaan itu,” kata Chevron dalam kenyataan kepada FMT.

Viral sejak semalam memaparkan klip video mendakwa kedai di Bukit Mertajam dengan warganet membidas tindakan pengasingan dikatakan itu yang dianggap menambah jurang antara kaum.

FMT sedang mendapatkan maklum balas FamilyMart.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: K. Parkaran


Previous post

Sukan

Red Bull dominasi petak depan

Suzuka: Juara dunia tiga kali, Max Verstappen berkata prestasinya ‘tidak ideal’ tetapi masih cukup baik untuk meraih petak pertama Grand Prix Jepun di hadapan rakan sepasukannya di Red Bull, Sergio Perez.

today6 April 2024