Hot FM

Caltex siasat dakwaan kaunter bayaran pisah Muslim, bukan Muslim


Klip video mendakwa kedai serbaneka, FamilyMart di stesen Caltex di Pulau Pinang melakukan pemisahan kaunter bayaran antara Muslim dan bukan Islam.

PETALING JAYA: Chevron Malaysia mengoperasikan stesen petrol Caltex sedang menyiasat dakwaan kedai serbaneka sebuah stesen di Pulau Pinang melaksanakan pengasingan kaunter pembayaran antara Muslim dan bukan Islam.

Jurucakap syarikat berkata, pihaknya telah dimaklumkan berhubung perkara itu melibatkan rakan niaga, FamilyMart, yang mengendalikan kedai serbaneka tersebut.

“Chevron memandang serius perkara ini dan sedang bekerjasama rapat dengan rakan kami bagi menyiasat dakwaan itu,” kata Chevron dalam kenyataan kepada FMT.

Viral sejak semalam memaparkan klip video mendakwa kedai di Bukit Mertajam dengan warganet membidas tindakan pengasingan dikatakan itu yang dianggap menambah jurang antara kaum.

FMT sedang mendapatkan maklum balas FamilyMart.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version