Menerusi perkongsian video oleh @mastura.mas, kelihatan pengantin perempuan itu dirakam secara tidak sengaja semasa dia menarik tangan suami ke dagunya.
Aksi spontannya itu telah menarik perhatian ramai kerana dia dikatakan seolah-olah ‘gelojoh’.
Lebih melucukan lagi adalah apabila jurugambar yang bertugas untuk mengambil gambar mereka turut menegurnya secara berseloroh dengan mengatakan “sabar dik, alamak…” dan membuatkan pengantin itu ketawa malu.