Hot FM

‘Campur tangan’ Hamzah selesai kemelut Bersatu Perak, kredibiliti Peja dipersoal, kata penganalisis


Ahmad Faizal Azum
Laporan mendakwa ada Adun dan pemimpin Bersatu Perak kecewa dengan tindakan Ahmad Faizal Azumu menghantar surat kepada DUN meminta Adun Sungai Manik Zainol Fadzi Paharudin menukar kerusi dengan Adun Changkat Jong Nadziruddin Bandi.
PETALING JAYA:

Campur tangan Bersatu pusat untuk menyelesaikan isu pertukaran tempat duduk dua wakil rakyatnya di DUN Perak menimbulkan persoalan keupayaan Ahmad Faizal Azumu selaku ketua parti itu di Perak, kata penganalisis.

Tawfiq Yaakub dari Universiti Malaya (UM) berkata laporan mendakwa Presiden Muhyiddin Yassin mengarahkan Timbalannya Hamzah Zainudin meredakan ketegangan dalam Bersatu Perak menunjukkan kelemahan Faizal atau lebih dikenali Peja.

Menurutnya, perkembangan di Perak itu mengulangi ketegangan di Negeri Sembilan ketika Faizal memimpin Perikatan Nasional (PN) negeri termasuk menimbulkan kekecewaan PAS sebelum beliau berundur akibat desakan berterusan.

“Kini di Perak pula menyaksikan pemberontakan tercetus dalam kalangan Adun Bersatu,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version