Hot FM

Cantik Sangat! Siapakah Pelakon Cerita Mulan Ini

Sumber gambar: filmdaily.co

Baru-baru ini, ramai penonton yang tak sabar apabila watak animasi yang ditunggu kini rasmi ke layar perak. Filem Mulan yang baru sahaja keluar ini telah mendapat sambutan yang hangat oleh para peminat dan rata-rata peminat mula mengintai dan ambil tahu siapakah pelakon cantik Liu Yifei yang memegang watak Mulan ini. Bagi yang nak tahu, jom kita lihat beberapa hal yang menarik tentang pelakon cantik ini.

SAINGAN 1000 CALON MULAN

Untuk pengetahuan korang, untuk lepas casting filem ini, Yifei juga awalnya menghadap kesukaran kerana ia perlu menjalani beberapa saringan lebih dari 1000 orang calon pelakon Mulan yang lainnya. Akan tetapi, disebabkan krew filem yakin dengan kebolehan Yifei setelah dicasting, akhirnya mereka jumpa Mulan yang sebenar!

NAMA SAMARAN

Pelakon cantik yang berasal dari Wuhan, China ini sebenarnya ada banyak nama samaran tau! Selain dikenali sebagai Yifei, nama lainnya adalah Crystal Liu dan Fairy Sister. Ini disebabkan perwatakan dan keperibadiannya yang sangat manis bagai seorang bidadari!

SEDERET DENGAN HERO PERTAHANKAN DIRI

Sumber gambar: pinterest rong ma

Walaupun nampak manis dan lembut, mesti ramai yang tak sangka bahawa Yifei ini mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri yang sangat bagus. Memang tidak hairan juga jika dia pernah digandingkan bersama hero filem yang popular seperti Jackie Chan dan Jet Li melalui filem The Forbidden Kingdom pada tahun 2008.

SEORANG MULTILINGUAL

Selain mampu dan fasih bertutur dalam bahasa ibundanya iaitu bahasa Cina. Yifei juga fasih bertutur dalam bahasa Inggeris, bahasa Korea dan juga bahasa Jepun. Woah! Memang beauty with brain betul! 

ADA VOKAL YANG BEST! 

Yifei memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi sebelum menjadi pelakon. Kalau korang nak tahu dia pernah miliki dua buah album terbitan bersama Sony Music dan dia juga pernah ada sebuah album dalam bahasa Jepun tau! 

Apa pendapat korang tentang Yifei? Memang WOW kan! 

Exit mobile version