Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

CAP gesa batal jualan 2 jenama rempah dari India ada agen penyebab kanser

today24 May 2024

Background


Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa KKM menjalankan ujian ke atas dua jenama rempah ratus dari India itu serta rempah lain diimport dari negara terbabit. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) menghentikan penjualan dua jenama rempah dari India serta-merta kerana didapati mengandungi agen penyebab kanser, etilena oksida.

Presiden, Mohideen Abdul Kader berkata, jenama rempah ratus Everest dan MDH dijual dengan meluas di Malaysia, khasnya platform e-dagang, selain turut dieksport ke banyak negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Eropah, Asia Tenggara, Timur Tengah serta Australia.

“Memandangkan rempah ratus ini digunakan dengan meluas di Malaysia, KKM bukan saja perlu menjalankan ujian ke atas dua jenama rempah itu, tetapi juga rempah lain yang diimport dari India.

“Ujian terhadap semua jenis rempah dari negara itu perlu bagi mengesan kehadiran etilena oksida dan racun makhluk perosak lain,” katanya dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters