
PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) menghentikan penjualan dua jenama rempah dari India serta-merta kerana didapati mengandungi agen penyebab kanser, etilena oksida.
Presiden, Mohideen Abdul Kader berkata, jenama rempah ratus Everest dan MDH dijual dengan meluas di Malaysia, khasnya platform e-dagang, selain turut dieksport ke banyak negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Eropah, Asia Tenggara, Timur Tengah serta Australia.
“Memandangkan rempah ratus ini digunakan dengan meluas di Malaysia, KKM bukan saja perlu menjalankan ujian ke atas dua jenama rempah itu, tetapi juga rempah lain yang diimport dari India.
“Ujian terhadap semua jenis rempah dari negara itu perlu bagi mengesan kehadiran etilena oksida dan racun makhluk perosak lain,” katanya dalam…