Presiden CAP Mohideen Abdul Kader mahu Kementerian Pengangkutan melantik pakar bebas mengkaji semula pelan itu.

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pengangkutan melantik pakar lalu lintas yang boleh dipercayai untuk mengkaji, mengubahsuai, dan melaksanakan pelan asal, Halcrow, untuk Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).
Presiden CAP Mohideen Abdul Kader, berkata ini perlu dengan mengambil kira perkembangan terkini dalam teknologi pengangkutan dan penyelesaian bandar.
Pelan Halcrow berjumlah RM27 bilion diluluskan kerajaan Pulau Pinang, pada Mei 2013.
Bagaimanapun, kumpulan penduduk mendakwa pelan itu sejak beberapa tahun lalu banyak berubah dari rancangan asal untuk memindahkan penduduk dan bukannya kenderaan.
Mereka mendakwa rancangan semasa menjurus lebih kepada pembinaan lebuh raya dan…