Penyanyi rap Caprice mendedahkan wajah individu tidak bertanggungjawab yang berani melabel dirinya sebagai berlagak hero.
Malah, individu tersebut juga tampil berani menegur tindakan penyanyi itu yang tidak menjaga khilaf isterinya apabila Farra Inalis dilihat masih tidak menutup aurat dengan sempurna.
“Kalau boleh aku nak ludah muka bini dia, Biar dia tahu rasa sikit mnacam mana orang buat dekat family dia. Sibuk nak pung pang nak tunjuk hero Malaysia, tapi bini sendiri masih terbuka macam tak cukup kain,” tulis individu berkenaan.
Berang dengan tindakan individu terbabit, Caprice sempat berkongsi foto individu lelaki itu menerusi hantaran di Instagram Stories miliknya.
Bahkan, dia juga sanggup berjumpa secara bersemuka termasuklah membiayai kos penerbangan individu tersebut.
“Come brother, saya akan tanggung semua kos perjalanan awak dari Sarawak ke Semenanjung supaya anda boleh ludah muka isteri saya. DM me your details, supaya saya boleh buat tempahan tiket penerbangan untuk awak,” balas Caprice.
Bagaimanapun, Caprice meluahkan rasa kecewa apabila hasratnya untuk menjemput individu terbabit hadir ke kediamannya tidak kesampaian apabila akaun Instagram milik lelaki itu telahpun dipadam.
Terdahulu, Caprice antara selebriti yang lantang menyuarakan dan membuka aib berkenaan isu kontroversi pengabaian, penindasan dan eksploitasi kanak-kanak.
ARTIKEL BERKAITAN:Caprice Anggap Kanak-Kanak Di Malaysia Tidak Selamat – “Ramai Yang Tak Sedar, Tak Berpelajaran Atau Masih Bengap”
ARTIKEL BERKAITAN:“Dulu Tak Ada Masa Nak Rileks” – Caprice Dedah Pernah Bergantung Pada Ubat Tidur, Hidup Berubah Selepas Ada Anak
ARTIKEL BERKAITAN:“Penunggang Agama! Grooming Is Real” – Caprice Dedah Bukti Influencer Islamik Ajak Mangsa ‘Check In’ Masa Bulan Puasa?