Kulit telur juga agak popular sebagai salah satu bahan natural yang sesuai bagi menghalau serangga perosak dan haiwan perosak. Kulit telur juga boleh digunakan bagi menghalau cicak dari berkampung di rumah kita.
Hancurkan kulit telur atau kulit telur sahaja, letakkan dikawasan yang selalu dilalui cicak. Ini kerana, kulit telur mempunyai bahan sulfur yang agak berbahaya bagi abdomen cicak. Oleh itu, dengan bahan ini, cicak pasti akan menjauhi kawasan tersebut.