Untuk pengguna produk Apple seperti iPhone, iPad dan Apple Watch, korang boleh gunakan aplikasi Find My untuk kesan lokasi rakan atau keluarga yang menggunakan produk Apple juga.
Bukan setakat itu, korang juga boleh kesan lokasi peranti lain yang didaftarkan dalam icloud yang sama. Caranya mudah juga!
1. Buka aplikasi Find My.
2. Pilih ‘people’ dan tekan ‘start sharing location’.
3. Pilih kenalan korang dan tetapkan tempoh perkongsian lokasi sebelum tekan share.