
PETALING JAYA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta golongan pendidik tidak menjadikan pelajar terutama murid sekolah rendah sebagai bahan kandungan di laman media sosial masing-masing.
Beliau berkata, hal ini kerana kandungan sedemikian boleh disalah guna individu tidak bertanggungjawab termasuk bagi tujuan jenayah seksual kanak-kanak.
“Sekiranya guru ini seorang pempengaruh, carilah kandungan lain kerana akan timbul beberapa isu terhadap keselamatan, data peribadi, dan sebagainya jika dedahkan wajah atau nama murid ke dalam media sosial mereka.
“Ia mungkin membolehkan kanak-kanak jadi mangsa jenayah seksual, pengantunan kanak-kanak atau pengantunan seksual…kita nak elak jenayah dan masalah ini berlaku, jadi guru jangan benarkan imej pelajar mereka dimasukkan di dalam media sosial,” katanya kepada Bernama.
Fahmi berkata…