Insan bergelar lelaki, ayah atau suami banyak mengorbankan masa dan kudrat mereka untuk pastikan keluarga mereka selesa.
Rabu lalu, tular di media sosial foto seorang lelaki menunggang motosikal di waktu malam sambil masih memakai uniform kerjanya.
Apa yang lebih mencuri perhatian, lelaki ini dilihat melakukan dua pekerjaan demi mencari rezeki lebih iaitu sebagai penghantar surat di siang hari dan juga penghantar makanan di sebelah malam.
https://twitter.com/fcikyah/status/1148930541237858304
Netizen juga turut kagum melihat kegigihan bro ini, sambil menyifatkan ia antara satu pengorbanan besar dilakukan seorang lelaki.
Ini antara komen-komen yang ditinggalkan.
https://twitter.com/ahmadpasri/status/1149182585324462080
aku kagum dgn lelaki yg bekerja keras and boleh buat banyak keje demi keluarga. Besar pengorbanan seorang lelaki.
— ninazhn (@nxnxtomato) July 10, 2019
Semoga dipermudahkan bro. Kalau tgh kumpul utk kawin tu, harap2 dapat bakal isteri yg pandai menghargai dan mampu ada waktu bro susah senang
— Mencari keredhaan (@akmalaffendi) July 10, 2019
Saya pagi lazada petang grab food. Doakan saya juga ye guys 😎✌🏼 pic.twitter.com/ZrY1Xh46Cg
— FIR (@firdausaizat_) July 11, 2019
Sumber: Twitter @fcikyah
Post comments (0)